KAU CIPTA KASIH

KAU CIPTA KASIH

Tuesday, January 10, 2012

Dah lama tak update..

Novel terbaru dah sebulan di pasaran, tapi saya tak buat apa-apa komen pun kat blog. Blog ni pun dah lama tak jengah. Kalau rumah dah lama tinggal agaknya dah tumbuh lalang dan macam-macam lagi. Tapi yang pasti, laman ni tak usang. Masih boleh menerima kunjungan tetamu meskipun tak bercat cantik atau tiada irama muzik yang menjadi sajian halwa telinga sekalian tetamu yang bertandang. Ramai yang merungut kat fb, blog saya tak ada cerita apa-apa pasal saya, family, kerjaya mahupun perkembangan novel saya. Alahai, so sweet komen sebegini. I like it walaupun dalam hati sedikit terharu. Ada yang ternanti-nantikan cerita dari saya. Ada yang teruja mahu membaca catatan dan kisah saya seperti mana sebahagian besar penulis lain lakukan. Insya ALLAH...saya akan belajar mengambil sedikit masa untuk berbuat sedemikian. Tapi sejujurnya juga , saya tak begitu arif nak buat kerja-kerja update blog ni...huhuhu..apa -apapun i will try (^_^)